TAMRIN 2014 !!! Kem Islah Anak-Anak Hebat (KISAH)

 Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal... Tamrin yang diadakan pada 28Mei - 31 Mei di Kem Sri Raudhah, Gombak.. Anjuran Pusat Latihan Ummah Bestari SRA SRI Al-Ummah, berjaya dengan jayanya apabila peserta mencecah 115 pelajar.

Sra Sri Al-Ummah mengambil inisiatif untuk merancang dan melaksanakan program KEM ISLAH ANAK-ANAK HEBAT (KISAH), khususnya untuk menjayakan tema '' Solat Sempurna, Akhlak Mulia''.

 Melalui solat yang sempurna akan melahirkan insan yang soleh dan solehah. Justeru antara penekanan dalam kem ini adalah ke arah solat yang sempurna. Di samping itu, program tamrin juga bertujuan menyemai rasa kasih dan takutkan Allah, sekali gus menyedarkan peserta tentang tanggungjawab mereka selaku hamba Allah, anak, pelajar dan juga warga masyarakat. Di hujung kem ini diselitkan juga Seminar Keibubapaan yang khusus kepada ibu bapa peserta. Ibu bapa tidak dapat ditidakkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak, selain didikan secara formal di sekolah.
Justeru KISAH menggabungjalinkan antara peranan sekolah, ibu bapa dan juga kesedaran peserta sendiri untuk melahirkan generasi modal insan soleh dan solehah, aktif, produktif dan efektif kepada agama, bangsa dan negara Kuncinya adalah '' Solat yang sempurna'' ..
 Daripada pemerhatian sepanjang program.. Alhamdulillah pihak penganjur mengucapkan syabas atas komitmen yang diberikan oleh para pelajar dalam program tamrin ini dan berjaya stay dalam program sampai ke akhirnya.

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak SRA SRI Al-Ummah. Segala sumbangan yang diberi berbentuk wang mahupun barang, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.  
 Hadis berkenaan Kelebihan orang yang selalu bersedekah.

 [Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." 

(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ayat Al-Quran tentang kelebihan orang bersedekah.

Surah Ali Imran, ayat :92. 
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.


Akhir sekali, daripada pihak kami Sra Sri Al-Ummah mengucapkan ''Jazakallahu Khair Kathira kepada semua pihak yang menjayakan program Tamrin pada tahun 2014 secara langsung dan secara tidak langsung.

Takbirr!!! Allahuakbar..

Comments