Sunday, September 14, 2014

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2015



Assalamualaikum wbt. Perhatian kepada semua ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak ke Sra Sri Al-Ummah, borang kemasukan pelajar baharu perlu di hantar segera sebelum 30hb September. Makluman, Terhad 50 orang sahaja!!! Anak-anak berstatus Warganegara Malaysia di utamakan.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03-92025840

Thursday, June 5, 2014

TAMRIN 2014 !!! Kem Islah Anak-Anak Hebat (KISAH)

 Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal... Tamrin yang diadakan pada 28Mei - 31 Mei di Kem Sri Raudhah, Gombak.. Anjuran Pusat Latihan Ummah Bestari SRA SRI Al-Ummah, berjaya dengan jayanya apabila peserta mencecah 115 pelajar.

Sra Sri Al-Ummah mengambil inisiatif untuk merancang dan melaksanakan program KEM ISLAH ANAK-ANAK HEBAT (KISAH), khususnya untuk menjayakan tema '' Solat Sempurna, Akhlak Mulia''.

 Melalui solat yang sempurna akan melahirkan insan yang soleh dan solehah. Justeru antara penekanan dalam kem ini adalah ke arah solat yang sempurna. Di samping itu, program tamrin juga bertujuan menyemai rasa kasih dan takutkan Allah, sekali gus menyedarkan peserta tentang tanggungjawab mereka selaku hamba Allah, anak, pelajar dan juga warga masyarakat. Di hujung kem ini diselitkan juga Seminar Keibubapaan yang khusus kepada ibu bapa peserta. Ibu bapa tidak dapat ditidakkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak, selain didikan secara formal di sekolah.
Justeru KISAH menggabungjalinkan antara peranan sekolah, ibu bapa dan juga kesedaran peserta sendiri untuk melahirkan generasi modal insan soleh dan solehah, aktif, produktif dan efektif kepada agama, bangsa dan negara Kuncinya adalah '' Solat yang sempurna'' ..
 Daripada pemerhatian sepanjang program.. Alhamdulillah pihak penganjur mengucapkan syabas atas komitmen yang diberikan oleh para pelajar dalam program tamrin ini dan berjaya stay dalam program sampai ke akhirnya.

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama yang baik dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak SRA SRI Al-Ummah. Segala sumbangan yang diberi berbentuk wang mahupun barang, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.  
 Hadis berkenaan Kelebihan orang yang selalu bersedekah.

 [Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." 

(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Ayat Al-Quran tentang kelebihan orang bersedekah.

Surah Ali Imran, ayat :92. 
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.


Akhir sekali, daripada pihak kami Sra Sri Al-Ummah mengucapkan ''Jazakallahu Khair Kathira kepada semua pihak yang menjayakan program Tamrin pada tahun 2014 secara langsung dan secara tidak langsung.

Takbirr!!! Allahuakbar..

Sunday, April 27, 2014

AL-QURAN DIGITAL DIJUAL DI SINI!!!

 MODEL : FOCUS 1

HARGA : RM 280.00

Keistimewaan :

Di iktiraf oleh KDN Malaysia
Merupakan model PQ8990 yang dipertingkatkan kualitinya:
1) Kotak PVC yang ekslusif.
2) Cetakan quran yang lebih cantik.
3) Bacaan oleh 7-8 qari.



4) Terjemahan Bahasa Melayu.
5) Disertakan 4 buah buku yang boleh dibaca dengan pen- Kaedah Noraania (ada terjemahan Bahasa Melayu), panduan haji/umrah(ada terjemahan Bahasa Melayu), sahih bukhari, kamus.
6) Kualiti bunyi lebih jelas 

Monday, April 21, 2014

GENERASI AL-QURAN GENERASI RABBANI....

Jadikan Al Quran Sahabat Terbaik Kita .
Tidakkkah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah berpesan:
“Bacalah Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi shahabatnya” [HR. Muslim]
Siapa saja orang sombong yang meninggalkannya pasti akan dibinasakan oleh Allah. Siapa yang mencari petunjuk selain padanya, maka ia akan disesatkan oleh Allah.
Barang siapa yang berhukum dengannya maka ia akan adil. Barang siapa yang menyeru kepadanya maka ia akan terbimbing ke jalan yang lurus ... KEMBALILAH !
Najasyi si Raja Habshah beragama Nasrani bercucuran air mata membacanya , akhirnya beliau memeluk Islam dan matinya di dalam Islam .. Bagaimana dengan kita yang sudah Islam ?
Manusia pula adalah sebaik kejadian , tapi adakah kita bersifat seperti jin yang kisahnya terkandung di dalam al Quran , Allah Ta’ala berfirman :
“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur’an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. Ketika pembacaan selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur’an) yang diturunkan sesudah Musa, membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.”
[Al Ahqaaf:30].
                                                                                            

                                                                                          فضل قراءة القرءان في المسجد
1) عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رضي الله عنه قال : قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم : (( يَا أَبَا ذَرٍّ ، لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ ءَايـَةً مِنْ كِــتــَابِ اللهِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ مِائــَةَ رَكْــــعَةٍ . لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ بَابــًا مِنَ الْعِلْمِ ، عَمِلَ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ أَ لْــفَ رَكْــــعَةٍ ((
(رواه ابن ماجة بسند حسن)


Daripada Abu Zar ra berkata : Rasulullah telah bersabda : “Wahai Abu Zar , hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 100 rakaat… Hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu bab (tajuk) ilmu, sama ada engkau dapat mengamalkannya atau tidak mengamalkannya, adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 1000 rakaat”
Sra Sri Al-Ummah telah mmengambil inisiatif  untuk melahirkan pelajar dan ummah yang rabbani untuk mendekatkan pelajar bersama Al-Quran. Pihak guru dan sekolah bersetuju untuk mengambil masa daripada pukul 8-10 pagi sebagai satu masa yang dipanggil ''hafazan''. Mudahan pelajar Al-Ummah terus maju dan sukses bersama Al-Quran... Amin...  

Thursday, April 17, 2014

AL KISAH PELAJAR DI SRA SRI AL-UMMAH 2014

Mulakan Dengan Membaca Bismillah
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah ( ‘Bismillah’ ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ ” (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Gunakan Shahfah/Qash’ah
Makan berjamaah di atas hamparan dengan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah.
Ibnu Hajar berkata: “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, kebiasaannya mereka makan bersama-sama (dengan Shahfah) atau makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang.” (Al-Fath 9/532).


 Makan Berjamaah
Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya.  “Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadits Shahih).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepada Rasulullah SAW dan ia berkata: “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”








Gunakan Tangan Kanan (Tangan Kiri Dilarang)
Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dan minum menggunakan tangan kanan. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah SAW Maka Baginda SAW berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut.” (HR Muslim)




Makanlah Dengan Berpada-Pada
Jika makanan yanga ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah makan sampai terlalu kenyang. Nabi Muhamad SAW melarang makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
.
Kutip Makanan Yang Terjatuh.
Jika ada butiran makanan yang terjatuh maka kutiplah ia semula. Jangan disisakan sebutir nasi / makanan pun yang masih elok, kerana makanan adalah nikmat Allah yang patut dimuliakan dan ia juga turut berzikir pada Allah SWT.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah SAW., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

Jilat Jari Setelah Selesai
Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah sisa makanan yang masih melekat pada jari-jari. Saintis menemuienzim (bahan percerna makanan yang menghadamkan makanan) banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)”(HR Bukhari dan Muslim)
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat.” (Fathul Bari 9/578).






Tuesday, April 15, 2014

BORANG KEMASUKAN PELAJAR PADA 2015 BOLEH DIDAPATI DISINI!!!!!!

Assalamualaikum wbt. Pihak kami ingin mengalu-alukan kepada semua ibubapa/penjaga untuk mendaftarkan anak tuan puan di sekolah kami ( Sra Sri Al-Ummah) No 41 Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur.
Kami membuka pendaftaran untuk pelajar baru, pada awal bulan 7 untuk tahun 2016. Pada tahun ini, pelajar Sra Sri Al-Ummah telah mencecah hampir 312 pelajar. Kepada Ibubapa/penjaga yang berminat, boleh dapatkan borang kemasukan pelajar disini!!!!.. Jangan lepaskan peluang. Ibubapa/penjaga juga boleh mengambil borang disekolah kami atau hubungi kami di talian 03-92025840 (Cik Naadzirah/Cik Aisyah) untuk maklumat lebih lanjut. Sebarang perubahan, akan diberitahu.