BIOGRAFI SEKOLAH








SRA SRI AL-UMMAH ditubuhkan pada akhir tahun 1991. Pada awal tahun 1992, ia mula beroperasi di sebuah bangunan di Taman Dagang, Kuala Lumpur setelah dirasmikan oleh En. Hassan bin Othman. Hanya terdapat tiga kelas pada awal penubuhan iaitu tahun 1 hingga tahun 3.


SRA SRI AL-UMMAH diasaskan oleh En. Othman bin Ngah dan dipengerusikan oleh Ustaz Idris bin Umar hingga tahun1998. Sekolah ini ditubuhkan atas niat dan kesedaran bahawa betapa pentingnya Pendidikan Islam secara konsisten diterapkan dalam diri anak-anak untuk menghadapi masalah semasa yang cukup mencabar.


SRA SRI AL-UMMAH telah berpindah ke Jalan Belangkas Satu, Kampung Pandan pada tahun 1992. Pada tahun 1996 pula, sekolah ini berpindah ke Taman Putra Sulaiman, Ampang. Seterusnya pada tahun 1998, sekolah ini berpindah ke Angsana Hilir. Setahun kemudian, SRA SRI AL-UMMAH telah berpindah ke premis No.37, Jalan Kampung Pandan. Menjelang tahun 2000, sekolah ini berpindah ke premis beralamat No.39 & 41 Jalan Kampung Pandan dan kekal sehingga kini.




Antara Pengetua Sekolah yang pernah berkhidmat di SRA SRI AL-UMMAH ialah

BIL
NAMA PENGETUA
TAHUN BERKHIDMAT
1
Ustaz Idris bin Umar                        
1992-1998

2
Tuan Haji Mohd Yusoop bin
Abdul Hamid                                  
1998-2000
3
Tuan Hedzer bin Ibrahim                  
2000-2001
4
Tuan Haji Mohammad Noor bin   Mohamad                                  
2001-2003
5
Tuan Hedzer bin Ibrahim                  
2004-2005
6
Ustaz Amran bin Talib                      
2006-2008
7
Ustaz Raihan bin Aziz                      
2008-2010
8
Ustaz Suridzal bin Abdul Rahim        
2011-2013
9
Ustaz Raihan bin Aziz                      
2014
10
Ustaz Suridzal bin Abdul Rahim        
TERKINI

Comments